Wednesday, July 17, 2013

Pemegang Rekod Payudara Terbesar Dunia Bertarung Nyawa.

Pemegang Rekod Payudara Terbesar Dunia Bertarung Nyawa.



Wanita dengan payudara terbesar di dunia dilaporkan kini terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupannya berikutan pelbagai implikasi yang dihadapinya akibat pembedahan buah dada yang dilakukannya.





Model Brazil itu, Sheyla Hershey yang kini tinggal di Houston hampir terbunuh dalam cubaannya memecahkan rekod dunia untuk memiliki payudara terbesar!

Setelah lebih dari 30 operasi pembedahan plastik, Sheyla Hershey menderita komplikasi pertama setelah prosedur pembesaran payudara terkininya menyebabkan jangkitan kuman yang serius terhadap kedua-dua payudara Hershey.

Berikutan itu, para doktor terpaksa menjalankan beberapa pembedahan untuk membuang implan, dan kemungkinan besar akan membuang payudara Hershey keseluruhannya.
Hershey berkata para doktor terpaksa membedah dirinya kerana bimbang jangkitan akan merebak ke dalam saluran darah, yang boleh mengancam nyawanya.

"Saya menghadapi demam yang teruk dan menyakitkan serta tidak dapat bernafas dengan baik. Ia sangat teruk dan mengerikan! Saya terpaksa berada di tempat tidur sepanjang hari dan tidak boleh bangun," kata Hershey.

Pada tahun 2009, Hershey dilaporkan mempunyai payudara bersaiz 38KKK dan diberikan anugerah oleh pihak berkuasa Brazil yang mana setara dengan Guinness Book of World Records.

No comments:

Post a Comment