Wednesday, November 20, 2013

Raksasa ditemui di vietnam





Sejak beberapa tahun , kita telah melihat banyak video dan laporan mengenai binatang pelik haiwan mitos ditemui..Pelbagai video pelik yang pernah kita lihat contohnya seperti,naga telah dilihat terbang ke atas England, ikan duyung seperti yang dilihat di Sepanyol dan makhluk 18 kaki ini yang telah ditemui di luar pantai California.
Tetapi tiada satu pun video setanding dengan apa yang telah digali di Vietnam baru-baru ini . Sila lihat :



Sebuah laman web Jepun baru-baru ini mencatatkan video kelihatan seperti mayat raksasa yang digali keluar dari tanah di Vietnam. Klip dua minit ini menunjukkan gergasi atau makhluk seperti cacing dengan kepala yang dinaikkan ke atas treler,berduyun2 orang berkumpul utuk melihat haiwan ini dan telah mewujudkan pelbagai tanda tanya..

Persoalannya di sini : Makhluk apakah ini? Adakah ia seekor cacing raksasa ? Adakah ia raksasa yang tinggal didalam tanah selama ribuan tahun? - Satu eksperimen telah dijalankan dan saintis tersebut  telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa ia adalah bangkai ikan paus ,kerana mempunyai sirip dan lubang pernafasan dibelakangnya seperti ikan paus.

Tidakkah kita merasa pelik kerana sebagaimana yang kita tahu, ikan paus lebih suka melepak di lautan dalam,bukannya didaratan atau didalam tanah.

Apa pendapat anda?



Sunday, November 10, 2013

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib berjaya diberkas.



KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di



Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut..

Pelbagai reaksi orang ramai dalam laman sosial, ramai mahu pembunuh Norazita dihukum tembak sampai mati.


Thursday, November 7, 2013

Bernazar jalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam sempena kemenangan Pahang (gambar&video)

Nama Beliau Abdul Majid Bin Abdul Hamid,57. Beliau menetap di Beserah,Kuantan Pahang. Kerja beliau hanyalah seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah di Kuantan. 

Pak cik Majid telah bernazar,jika Pahang memenangi Piala Malaysia tahun ini,beliau akan berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam.

Kerana Pahang telah memenangi Piala Malaysia 2013, dia berjalan kaki dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1 ke Stadium Shah Alam. Beliau dijangka sampai di Stadium Shah Alam pada 12 November 2013. Mula berjalan kaki pada 6 November 2013.

Photo: ada sorang lagi rodong msg admin cerite pasal pakcik nih...

Saya jumpa dgn pakcik ni dekat KM210.2 KTN - KL... Jumpa sekejap bagi support kat pakcik ni... Malam ni pakcik ni rehat di RnR Gambang... Esok pagi sambung jalan kaki... Mudah2han pakcik ni selamat smpai ke SSA... HOGOH PAHANG HOGOH! - Sumber dari Mohd Zaidi Ramli

#ilovepahang #ilovemalaysia #pahang #malaysia #tokgajah #tokgajahforever #elephantarmy #pialamalaysia2013
Sumber dari Mohd Zaidi Ramli:
"Saya jumpa dgn pakcik ni dekat KM210.2 KTN - KL... Jumpa sekejap bagi support kat pakcik ni... Malam ni pakcik ni rehat di RnR Gambang... Esok pagi sambung jalan kaki... Mudah2hanpakcik ni selamat smpai ke SSA... HOGOH PAHANG HOGOH!"

Photo: ade sorang rodong bercerita tentang pakcik nih...

Pak cik Majid Bin Abdul Hamid berumur 57 tahun... kerana Pahang telah memenangi Piala Malaysia 2013, dia berjalan kaki dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1 ke Stadium Shah Alam. Beliau dijangka sampai di Stadium Shah Alam pada 12 November 2013. Mula berjalan kaki pada 6 November 2013. - Sumber dari Nak Levi's

#ilovepahang #ilovemalaysia #pahang #malaysia #tokgajah #tokgajahforever #elephantarmy #pialamalaysia2013


Photo: ada yang bagi info, nampok pokcik nih kat KM171.5 Maran pukul 11.40 pagi tadi... rodong ajok tumpang naik keter, pokcik nih tak mboh... sebab dia dah bernazor... - Sumber dari Azim Mohammad

#ilovepahang #ilovemalaysia #pahang #malaysia #tokgajah #tokgajahforever #elephantarmy #pialamalaysia2013

Ada yang bagi info, nampak pakcik Majid di KM171.5 Maran pukul 11.40 pagi tadi (07/11/2013)... "rodong ajok tumpang naik keter, pokcik nih tak mboh... sebab dia dah bernazor..." - Sumber dari Azim Mohammad

Photo: Sumbangan dari rodong2 buat pokcik Majid... Moga kalian diberkati-Nya... - Gambar dari Aber Abe Snct

#ilovepahang #ilovemalaysia #pahang #malaysia #tokgajah #tokgajahforever #elephantarmy #pialamalaysia2013
Sumbangan dari rakan-rakan buat pakcik Majid... Moga kalian diberkati-Nya... - Gambar dari Aber Abe Snct

Photo: # From Kuantan to SSA....ader org ambik video pakcik ni sedang berjalan kaki dr Kuantan ke SSA katenya MISI sebak PAHANG berjaya rangkul PIALA MALAYSIA..harak2 pakcik ni sampe ler di SSA yak...all the best PAKCIK...walaupun tiada seponser dr mana2 syarikat...semoga misi mu berjaya..WE LOVE U..WE LOVE U





Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh : 
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji @ bekerja sendiri.
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA : Sms @ Whatsapp kan [ NAMA & NO TALIFON ]  anda ke ~Cik Sara 012-2290719 (Call,sms & whatsapp) anda akan dihubungi dalam masa yang terdekat.

Monday, November 4, 2013

Kreatif !!! Kreativiti Menarik Mengunakan Tin Coca~Cola (20 Gambar)























Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh : 
1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call & whatsapp)



Stesen Minyak Kantoi Menipu.

Muhd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.

IPOH - Dalam bahasa mudah,pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM 100, tetapi sebaliknya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubahsuai pam pengagih minyak (Pump Dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.



Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Pengguna (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Muhd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

"Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan  perkara yang sama keatas tiga pam di premis mereka."

"Katanya,premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn. Bhd.

"Sepatutnya pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penetusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan"katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, Muhd Zulkifli berkata,kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda  RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan
mengaut keuntungan lebih.

Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

kepada bumiputra yg berminat untuk membuat ASB yg tidak mempunyai document
contoh :

1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya, saya akan membantu anda. Dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. Dividen setiap tahun tidak pernah turun,carta boleh dilihat di bawah:

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call,sms & whatsapp)

Sunday, October 27, 2013

Akaun Facebook Isteri Pembunuh Pegawai Ambank

pambnk1
Dari semakan facebook isteri dia, memang comfirm pembunuh ni seorang pengawal keselamatan, berposing sakan dia siap tunjuk pump gun lagi.
Rupa-rupanya, setan ni ada juga anak bini. Tapi dia pergi bunuh bini orang. Cuba bayangkan kalau bini dia mati kena tembak. Tak ke anak-anak dia kehilangan seorang ibu?
pambnk2pambnk3pambnk4
Apa pun yang pasti IC memang PALSU kalau ikut statement rasmi dari PDRM dan JPN. Persoalannya pasal apa dia masih gagal dikesan sampai sekarang?
RUJUK PROFILE FACEBOOK ISTERI DISINI:- https://www.facebook.com/nurul.lapadaku
Kalau mengikut posting  facebook dia, dia ada cerita pasal nak balik kampung. FB bini dia pun sama. Kemaruk nak balik kampung. Agaknya dah sampai ke kampung ke apa?


Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh : 1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719

Empangan Paling Berkuasa Di Dunia Yang Menyamai Kuasa 15 Reaktor Nuklear (9 Gambar)

Three Gorges Dam baru sahaja melancarkan generator yg ke 32 menjadikannya sebuah empangan paling berkuasa di dunia menyamai tenaga 15 reaktor nuklear dan dibina pada Sungai Yangtze. Ianya direka untuk mengurangkan kesan banjir sewaktu musimnya dan menyimpan bekalan air untuk digunakan semasa musim kemarau.










Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh : 1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call & whatsapp)

Friday, October 11, 2013

10 kes misteri di Malaysia yang masih menjadi persoalan hingga ke hari ini.

Isu jenayah seringkali menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Namun, pernahkah anda sedari bahawa ada sesetengah isu yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini. KAMBING GTR ingin berkongsi 10 kes misteri di Malaysia yang masih menjadi persoalan hingga ke hari ini.

10. Kematian Ratu Cantik
jean
Jean Perrera Sinappa merupakan bekas ratu cantik di mana suaminya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Tetapi 4 bulan kemudian iaitu pada 6 April 1979, dia dijumpai mati di dalam kereta di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur. Bekas teman lelaki yang juga abang iparnya, Karthigesu dijumpai tidak sedarkan diri di tepi jalan luar kereta tersebut. Apabila Karthigesu sedar di hospital, dia mengadu dipukul di bahagian kepala dari arah belakang.
Keputusan mahkamah mendapati Karthigesu didapati bersalah membunuh Jean dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pihak pendakwaan mengemukakan kes di mana Karthigesu dilihat cemburu apabila mendapati Jean mempunyai hubungi sulit dengan doktor di Sri Lanka, Dr Narada Warnasurya. Bagaimanapun, Karthigesu dibebaskan dua tahun selepas rayuannya diluluskan di Mahkamah Rayuan.
9. Mana Anak Saya?
cari_sharlinie

Beberapa tahun lalu, berita tentang kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama di media tempatan. Bagaimanapun, kisah kematian Sharlinie Mohd Nashar lama dimainkan media sebelum ia menjadi suram.
Pada 9 Januari 2008, Sharlinie, 5, bermain di taman permainan di kawasan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya bersama kakaknya sebelum dia didapati hilang. Masyarakat mula memandang serius laporan tersebut apabila wujud watak ‘lelaki kucing’ setelah suspek dikatakan meminta mangsa mencari kucingnya yang hilang.vKehilangan Sharlinie terus menjadi isu hangat dalam media tempatan apabila kes itu timbul ketika kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin masih lagi panas.
Polis yang meneruskan siasatan dilihat semakin ‘dingin’ dan kehilangannya masih lagi tidak diketahui hingga ke hari ini.
8. Kematian Gadis Yang Merobek Jutaan Hati
nurin
20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah pergi ke sebuah pasaraya berdekatan rumahnya untuk membeli klip rambut sebelum di dilaporkan hilang. Saksi kejadian berkata dia diculik dan dibawa masuk ke dalam sebuah van berwarna putih di Wangsa Maju. Kehilangan gadis itu mendapat liputan media yang luar biasa hinggakan nama dan mukanya boleh dikatakan tersemat di fikiran setiap rakyat Malaysia pada ketika itu. Ratapan sedih keluarga yang mengharapkan dia pulang ke pangkuan keluarga telah menyentuh hati ramai pihak di mana rakyat Malaysia terus memanjatkan doa supaya dia pulang dengan selamat.
Sebulan selepas itu, seorang kanak-kanak dijumpai mati dalam keadaan berbogel di dalam sebuah beg gim di Petaling Jaya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan suspek yang membuang beg tersebut. Keluarga Nurin gagal untuk membuat pengecaman mayat akibat kecederaan teruk yang dialami mangsa. Namun, ujian DNA mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin, kepada pasangan tersebut. Seorang wanita Indonesia kemudiannya ditahan berkenaan kes tersebut tetapi kes itu masih belum diselesaikan.
7. Apabila Keseronokan Bertukar Kematian
noritta_samsudin-1
Norita Samsuddin, 22, merupakan seorang anak gadis yang berasal dari negeri utara tanah air yang mencuba nasib di kota raya, Kuala Lumpur. Mempunyai susuk tubuh yang menarik, dia dikatakan menerima beberapa tawaran sebagai peragawati namun menolaknya apabila dia ketika itu bekerja sebagai eksekutif pemasaran di Transpro Sdn Bhd sebelum dia dijumpai mati.
5 Disember 2003, Norita dijumpai mati di dalam bilik di sebuah pangsapuri mewah di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Mangsa dijumpai dalam keadaan berbogel dan tangannya diikat menggunakan baju dalam dan beberapa wayar. Tiada sebarang tanda dia dicederakan kecuali kesan cekik di lehernya dan beberapa cebisan baju di dalam mulutnya. Jurutera, Hanif Basri kemudiannya ditahan dan dituduh membunuh mangsa. Hanif dipercayai orang terakhir yang menjumpai Norita pada malam tersebut dan pihak pendakwaan cuba membuktikan dia adalah orang terakhir menjumpai mangsa ketika mangsa masih hidup.
Bagaimanapun, semasa perbicaraan berlangsung, dipercayai ada orang lain telah melawat Norita selepas Hanif. Pertuduhan terhadap Hanif dilihat terlalu lemah. Hanif dibebaskan selepas timbulnya teori konspirasi berkaitan kehidupan sosial Norita selama ini. Mungkin segala yang benar telah dikuburkan bersama Norita.
6. Benarkah Pelayan Yang Melakukannya?
6.norjan
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Negeri Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar dijumpai mati di dalam sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu pada 11 Februari 2004. Norjan dijumpai mati terbaring dalam keadaan lengkap berbaju di tepi katil dengan beberapa kesan tikaman kecil di bahagian leher dan muka beliau. Polis pada mulanya mengesyaki motif cemburu sebagai punca utama kematian tersebut tetapi menukar kepada motif rompakan walaupun tiada barang yang hilang di dalam biliknya.
Penyiasatan membawa kepada penangkapan seorang pelayan, Azman Bakar di mana polis percaya suspek cemburu melihat Norjan bersama lelaki lain. Ketika sidang penghakiman, seorang saksi telah membawa seorang ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan. Beberapa bukti timbul semasa perbicaraan yang menunjukkan Datuk Norjan mempunyai hubungan dengan Amir Khan walaupun dia menafikannya.
Azman Bakar kemudiannya dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa Azman pada faktanya mengenali Norjan. Tiada tangkapan lain dibuat. Sekali lagi, kes misteri yang tidak diselesaikan.
5. Tragedi ‘Double Six’
rememberingthedoublesixtragedy
Anda yang menetap di Kuala Lumpur mungkin pernah melalui Taman Tun Dr Ismail dan pastinya akan terperasan Jalan Tun Fuad Stephens. Namun, berapa ramai sahaja yang tahu siapakah dia sebenarnya. Pastinya ada yang menjawab beliau adalah bekas Ketua Menteri Sabah. Tetapi berapa ramaikah yang tahu berkenaan kematian beliau yang penuh misteri dan kes tersebut masih tidak diselesaikan hingga ke hari ini.
Pada 6 Jun 1976, Tun Fuad Stephens bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk anak sulung beliau, Johari menaiki pesawat Nomad GAF yang dikendalikan oleh Sabah Air di Lapangan Terbang Labuan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. Bagaimanapun, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pesawat itu terhenti dan terhempas lalu membunuh semua anak kapal termasuk juruterbang.
Khianat disyaki sebagai motif utama kejadian tersebut walaupun kemudiannya kelemahan reka bentuk pesawat dilihat sebagai punca utama insiden tersebut. Kematian Tun Fuad terjadi selepas 44 hari penggal kedua beliau sebagai Ketua Menteri Sabah. Keadaan politik yang mengiringi kematiannya begitu ironis kerana ia mempunyai kaitan dengan isu minyak dan gas di Sabah.
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu. Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976. Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.
4. Berakhirnya Kesengsaraan Kehidupan
KKT1
Xo Jian Huang, 14, warganegara China telah dihantar untuk menetap di Malaysia bersama sepupu bapanya. Bagaimanapun, pada 27 September 2005, dia dijumpai mati lemas dalam sebuah kolam renang dengan 23 kesan dera di badan mangsa. Siasatan membawa kepada penangkapan dan perbicaraan yang melibatkan tiga lelaki yang dituduh membunuh Xu; bapa saudaranya seorang ahli perniagaan, Koh Kim Teck dan dua orang pengawal peribadinya, Resty Agpalo dan Mohd Najib Zulkifli.
36 hari perbicaraan telah menyebabkan gelaran ‘Datuk Seri’ ahli perniagaan itu dibatalkan. Bagaimanapun, disebabkan timbulnya keraguan yang tidak dapat diselesaikan dan tidak terjawab, ketiga-tiga suspek itu bebas daripada membunuh mangsa. Bukan itu sahaja, saksi yang sepatutnya hadir semasa perbicaraan dikatakan telah hilang menyebabkan ketiga-tiga suspek itu dilepaskan.
Memetik laporan media pada 2010, pihak pendakwaraya membuat rayuan untuk menentang tertuduh dan Koh yang terkenal dengan personaliti korporatnya berjaya menghilangkan diri. Pada sidang rayuan, seperti dijangka, Koh tidak menghadirkan diri pada semua sesi rayuan. Pada 2010, dia telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Koh masih menghilangkan diri. Adakah dia yang menyiksa anak saudaranya? Adakah pengawal peribadinya turut terlibat? Kenapa ada saksi yang hilang?
3. Wanita Ilmu Hitam
1069928_592811574102765_106728039_n
Kes tersebu telah selesai. Pembunuh telah dihukum mati. Kes ditutup. Bagaimanapun, apa yang terjadi di sekeliling dan keanehan pembunuh kes ini menyebabkan ia masih tersenarai dalam carta ini. Pada 22 Julai 1993, polis menemui mayat ADUN Batu Talam, Mazlan Idris yang dicincang. Bekas penyanyi yang kemudian bertukar menjadi bomoh, Mona Fandey ditahan bersama suami dan pembantu beliau.
Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Hukuman mati tetap dilaksanakan walaupun terdapat rayuan. Tiada siapa yang hidup pada era 90-an boleh melupakan perbicaraan Mona Fandey – Mazlan Idris. Mayatnya telah dicincang kepada beberapa bahagian selepas berlangsungnya satu upacara ghaib dipercayai bertujuan untuk membawa lebih banyak wang untuknya.
Mayat Mazlan kemudian ditanam di stor berhampiran rumahnya di Pahang. Apa yang dianggap sebagai ‘belum selesai’ ialah ketika kekejaman mereka itu dibawa ke muka pengadilan. Sepanjang perbicaraan, Mona sentiasa berkata “Aku takkan mati” dan kekal tenang dengan senyuman di bibirnya.
2. Tragedi Pembunuhan Ketua Polis Negara
igp abdul rahman hashim
Tan Sri Abdul Rahman Hashim telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-3. Pada 7 Jun 1974, ketika Abdul Rahman berada di dalam kereta menuju ke Bukit Aman, kereta yang dipandu Sarjan Omar Yunus yang melalui Jalan Tun Perak telah dihujani beberapa das tembakan. Dua penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan 11 das tembakan pada kereta tersebut di mana tujuh das terkena KPN.
Pada masa itu, Malaysia sedang berusaha menentang kebangkitan kuasa subversif yang datang dari kalangan ahli komunis. Dipercayai bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mengeluarkan arahan bunuh. Bagaimanapun, ia tidak berjaya dibuktikan di mahkamah. Pada 1975, dua orang lelaki, Lim Woon Choong dan Ng Foo Nam didapati bersalah membunuh Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choong Khong di Jalan Ashby di Ipoh.
Kemudian timbul teori bahawa berkemungkinan penyerang tersebut adalah orang yang sama menyerang Abdul Rahman walaupun tiada bukti kukuh. Lim dan Ng telah dihukum mati pada tahun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sehingga hari ini, masih tidak diketahui adakah benar mereka berdua pembunuh upahan yang membunuh Abdul Rahman.
1. Tragedi Kemalangan Pesawat Negara
Nahas pesawat di Sungai Buluh 1977
Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.
Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat.
MAS
Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri. Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.
Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan 
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Beberapa spekulasi bahawa ‘Japanese Red Army’ adalah pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada bukti ditemui untuk menyokong teori tersebut. Ia kekal sebagai memori tragis dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia dan kematian kesemua anak kapal pesawat berkenaan menjadikan tragedi berada di tempat teratas senarai kami.
MH653 1

Pelaburan amanah saham bumiputra (ASB)
kepada bumiputra yg berminat untuk membuat asb yg tidak mempunyai document
contoh : 1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya. saya akan membantu anda. dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. dividen setiap tahun tidak pernah turun.carta boleh dilihat di bawah.

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call & whatsapp)