Monday, November 4, 2013

Stesen Minyak Kantoi Menipu.

Muhd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.

IPOH - Dalam bahasa mudah,pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM 100, tetapi sebaliknya menerima 65 liter sahaja.

Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubahsuai pam pengagih minyak (Pump Dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.



Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Pengguna (PPDNKK) Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Muhd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.

"Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan  perkara yang sama keatas tiga pam di premis mereka."

"Katanya,premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn. Bhd.

"Sepatutnya pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penetusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.

Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan"katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, Muhd Zulkifli berkata,kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda  RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Katanya, operasi diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan
mengaut keuntungan lebih.

Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

kepada bumiputra yg berminat untuk membuat ASB yg tidak mempunyai document
contoh :

1) suri rumah
2) pekerja yg tidak mempunyai slip gaji
3) perniaga
4) student
5) tidak bekerja tetapi mampu membuat simpanan

Bagi yg ingin membuat boleh menghubungi saya, saya akan membantu anda. Dan yang mana telah ada dan mahu menambah juga boleh menghubungi saya. Dividen setiap tahun tidak pernah turun,carta boleh dilihat di bawah:

AMOUNT BAYARAN DIVIDEN
..10K........RM60......RM800
..20K........RM120....RM1600
..30K........RM180....RM2400
..40K........RM240....RM3200
..50K........RM300....RM4500

BERMINAT SILA HUBUNGI : CIK SARA 012-2290719 (Call,sms & whatsapp)

No comments:

Post a Comment