Friday, July 26, 2013

Gempar! Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah (Video)



Gempar! Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah (Video) | Baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan objek bercahaya putih yang dikatakan bersayap tujuh di Sabah. Penemuan ini dedahkan melalui rakaman tidak sengaja oleh seorang pengembara British yang berada di sana. Penemuan ini juga turut disiarkan oleh Buletin Utama, TV3. Sehingga kini kita tidak mengenal pasti apakah objek tersebut sehingga menggemparkan penduduk setempat terutama di Sabah. Boleh tonton video di atas.
sayap
Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteriyang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.
Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.
Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.
Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.
Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan.

No comments:

Post a Comment