Monday, July 29, 2013

Pelik! Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri

Pelik! Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri | Kadangkala nilai sesebuah benda itu tidak mampu dinilai dengan mata kasar, tetapi jika sudah memilikinya barulah kita betul-betul tahurahsia disebaliknya. Ini yang berlaku terhadap seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan kecil-kecilan. Dirinya telah membeli sebuah kontena yang dia sendiri tidak mengetahui muatan dalamnya. Denganpembelian nilai USD100, ahli perniagaan itu telah berjaya membeli sebuah kontena yang baru sahaja diketahui terisi dengan sebuah kereta buruk tidak mempunyai tayar. Namun rupa-rupanya kereta tersebut bernilai hampir jutaan dollar.
kereta
LONDON 26 Julai – Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membelisatu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$ 100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.
Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.
Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$ 1 juta (RM3.2 juta).
Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong.
Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.
Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.

No comments:

Post a Comment