Tuesday, July 23, 2013

Ngeri! Ahli Sihir Dibogel Dan Dibakar Hidup-Hidup (2 Foto)


Ngeri! Ahli Sihir Dibogel Dan Dibakar Hidup-Hidup (2 Foto) | Buat jahat dibalas buruk. Itulah yang dilakukan terhadap seorang ahli sihir yang merupakan wanita di Papua New Guinea. Wanita ini telah menggunakanilmu hitam terhadap seorang budak lelaki sehingga menyebabkan mangsa maut di hospital. Ekoran daripada kejadian itu, beberapa orang penduduk mula mencetuskan kemarahan dengan membogelkan ahli sihir terbabit serta membakarnya dalam keadaan hidup-hidup. Fuh serius ngeri!
ahlisihir2
Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam.
Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu.
Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam.
Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut.
Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian.
Wanita itu mati di tempat kejadian.
ahlisihir1
Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu.
Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan.
Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan.

No comments:

Post a Comment