Tuesday, September 24, 2013

Pengakuan saksi isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard (2Gambar 1Video)





Pengakuan saksi isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard - Kecoh dengan tindakan luar biasa Shahrul Aisya, isteri Matyo memaki hamun dan menendang salah seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang sebulan lepas, seorang saksi tampil mendakwa ada melihat kejadian itu dari mula.

Individu berkenaan yang merahsiakan identitinya membuat kenyataan terbuka di akaun Facebooknya dan menceritakan situasi sebenar sekitar kejadian tersebut. Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit hanya menegur isteri Matyo agar mengalihkan kenderaannya selepas telah diberi peluang selama 15 minit.


Bagaimanapun, Shahrul Aisya dikatakan terus naik darah dan memaki hamun pengawal keselamatan itu sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk menyaman.

Kerana tidak mahu dirakam, pengawal keselamatan terbabit menepis telefon bimbit isteri Matyo sebelum ditendang. Kejadian itu turut dirakam menerusi CCTV.



No comments:

Post a Comment