Monday, September 30, 2013

Kaka Elak Bergurau Dengan Zizan Ketika Bekerja (7Gambar)


Kaka elak bergurau dengan Zizan ketika bekerja


Selepas lagu "Bawaku Terbang" diterima ramai, Kaka Azraff yang kini di bawah naungan WireFrame bakal sekali lagi mengegarkan dunia hiburan dengan single duet keduanya bersama Zizan Razak.
Semua sudah sedia dengan 'gila-gila' Zizan Razak yang mula dikenali menerusi pertandingan "Maharaja Lawak" yang kemudiannya menjadi pengacara bersama Johan di dalam rancangan yang sama yang kekal dengan karakter kelakarnya.
Zizan&Kaka_barberzizan&kaka_screenshot
Ketika ditemui, Kaka Azraff, 24, memberitahu dia senang bekerjasama dengan Zizan kerana mempunyai pengalaman, walaubagaimanapun Kaka berkata pemilik Wireframe ini sukar serius ketika di set penggambaran video klip terbaru mereka "Infiniti Cinta".
"Zizan orangnya lebih terbuka dan terima pendapat orang lain, saya dan dia juga jenisnya memang suka gelak tapi bila sampai bab kerja masing-masing akan jadi serius.

"Tapi kadang-kadang tu susah juga, apa yang boleh saya buat kalau kena kerja dengan Zizan adalah jangan layan," Ujarnya yang ditemui di Soul Out, Jalan Ampang, semalam.
Tambahnya lagi, selain daripada single duetnya bersama Zizan, Kaka buat julung kalinya akan mengeluarkan single solo pertamanya berjudul "Terpulanglah".
Lagu ciptaan QZ itu juga bakal diriliskan pada bulan Oktober.

No comments:

Post a Comment