Sunday, August 25, 2013

Diiktiraf Guinness Book Of World Record.Sekampung Berambut Panjang.

Sekumpulan wanita membantu mencipta sejarah tersendiri apabila berambut panjang mereka membolehkan sebuah kawasan penempatan di China diiktiraf sebagai kampung rambut panjang pertama di dunia.
Pengiktirafan itu diberi Rekod Dunia Guinness. Wanita Yao Merah kumpulan etnik minoriti dari Kampung Huangluo Yao memiliki panjang rambut secara purata 1.6 meter. Rambut terpanjang dicatatkan di kampung itu ialah dua meter.
Uniknya, semua wanita di kampung itu memotong rambut mereka hanya sekali seumur hidup, iaitu ketika mereka berusia 16 tahun dan sebelum mula mencari lelaki untuk dijadikan suami. Mengikut tradisi, rambut dianggap begitu suci bagi wanita Yao dan hanya suami atau anak mereka saja boleh melihatnya.
Jika ada lelaki terserempak dengan seseorang wanita tanpa bertutup rambut, dia terpaksa hidup bersama keluarga wanita terbabit selama tiga tahun sebagai menantu. Rambut itu pula hanya boleh dileraikan jika ada ahli keluarga terdekat bersama.
Bagaimanapun, wanita Yao meninggalkan tradisi itu pada 1987. Seramai 120 wanita di Kampung Huangluo Yao kini boleh berbangga mempamerkan rambut mereka di situ.

No comments:

Post a Comment