Monday, August 5, 2013

CUTE - BILA GADIS GEMOK MENJADI KURUS (11 GAMBAR)

Seorang gadis berjaya turunkan berat badan sebanyak 71 pound ( 32 kilogram). Mari lihat perubahan rupa beliau. Amazing. Good for you girl!



Sami Di Jepun Bertapa Sampai Mati Kerana Ingin Menjadi Dewa ( 8 Gambar ).


Obor-obor Yang Menenggelamkan Kapal Nelayan ( Video ).


Obor-obor Nomura adalah obor-obor Jepun yang sangat besar. Obor-obor ini dalam kelas saiz yang sama seperti obor-obor surai singa, cnidarian terbesar di dunia. Diameter obor-obor ini sedikit lebih besar dari ketinggian rata-rata lelaki dewasa.

Ia tumbuh 2 meter (6 kaki 7 inci) dengan diameter dan beratnya mencapai 220 kg (sekitar 450 pound), ubur-ubur Nomura tinggal terutama di perairan antara China dan Jepun, terutama di Laut Kuning dan Laut China Timur.

Obor-obor Nomura ditemui di laut Jepun dari 2005 sampai ke saat ini. Serangan yang dibawa oleh makhluk ini telah mengganggu industri penangkapan ikan di dan menggangu sistem rantaian ekosistem.

Sebuah bot nelayan seberat 10 tan telah tenggelam akibat obor-obor raksasa dari Jepun timur. Sumber mengatakan tiga orang nelayan cuba mengangkat pukat yang menangkap puluhan obor-obor itu. Namun anak-anak kapal penangkap ikan itu terhumban ke laut apabila kapal jatuh, tiga orang berjaya diselamatkan.

Berat setiap obor-obor berbisa ini mapu mencapai sehingga 200 kg, dan perairan sekitar Jepun, telah dibanjiri dengan obor-obor ini. Para saintis percaya, keadaan cuaca dan air untuk pertumbuhan pantai China itu sangat ideal untuk ubur-ubur dalam beberapa bulan terakhir.




Sunday, August 4, 2013

Geng Pencuri UK Tewas Selepas Upload Gambar Dalam Facebook ( 10 Gambar )

Memang ahli geng yang bodoh kerana mereka ini adalah geng yang telah mencuri pelbagai benda termasuk 9 buah kereta mewah (BMW, Porsches, Range Rovers dan Mercedes Benz). 

Tetapi baru-baru ini mereka tewas di tangan pihak polis selepas mereka muat naik gambar mereka makan sandwic wang kertas yang dicuri, duduk dalam kereta mewah yang dicuri dan minum champangne. 

Memang otak letak dekat lutut.










7 Ganster Wanita Yang Paling Digeruni


Kami ingatkan hanya lelaki jer yang selalunya jadi gangster, rupanya ada juga perempuan yang jadi gangster. 

Jom kita tengok gangster wanita yang mendominasi dunia jenayah terancang.

1. Judy Moran (dipenjara pada tahun 2009 – sekarang).
Judy Moran, adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia digelar “family matriarch” yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.




2. Xie Caiping (dipenjara pada tahun 2009 – sekarang)

Di bandar Chongqing, kerajaan China melaksanakan tindakan keras terhadap kumpulan gengster dan kongsi gelap. Sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan berjaya menangkap hampir 1,500 gengster yang dimana kebanyakannya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Caiping sangat aktif menjalankan aktiviti perjudian haram serta merasuah anggota polis bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.



3. Sandra Avila Beltran (dipenjara pada tahun 2007 – sekarang)

Beltran dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang “GodMother” di Mexico. Pak ciknya adalah pengedar dadah di sana. Dia mendapat gelaran “Ratu Pasifik” kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu dalam mencari laluan rahsia penyeludupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.




4. Rosetta Cutolo (dipenjara pada tahun 1993 – sekarang)

Wanita ini menjadi gangster disebabkan rasa sedihnya setalah saudaranya ditangkap oleh pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan business haram milik saudaranya itu. Dia menjadi antara suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menjadi buruan polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan/pelarian sehingga akhirnya menyerah diri selepas itu.



5. Maria Licciardi (dipenjara pada tahun 2001 – sekarang)

Sejak tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi merupakan ketua keluarga bagi Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” iaitu salah satu kumpulah gangster di Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih berpengaruh, dan lebih berjaya terutamanya dalam perniagaan haram mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan oleh keluarga ini ialah pelacuran di Camorra.




6. Maria Leon (dipenjara pada tahun 2010 – sekarang)

Merupakan seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 orang anak, mungkin kalau anda dengarnya macam tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia merupakan dalang/ketua bagi aktiviti pengedaran/penyuludupan dadah di timur laut Los Angeles serta Beirut. Alasannya, dia menjalankan perniagaan haram ini untuk memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.



7. Griselda Blanco (status tidak diketahui sampai sekarang)

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya bagi mendapatkan wang tebusan. Setelah ibubapa kepada anak yang diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak budak itu tanpa belas kesihan. Setelah berpindah dari Colombia ke New York bagi melarikan diri daripada jenayah itu pada era 70-an, beliau memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah pula, Blanco kemudian berpindah ke Miami untuk mengelakkan diri daripada tuduhan mahkamah.


Di sanalah dia menjadi kan Miami sebagai ibukota kokain utama di Amerika Syarikat .Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) pembunuhan ketiga-tiga suaminya. 

Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia dihantar kembali ke Colombia dan kelibatnya tidak pernah dilihat semenjak itu.

Saturday, August 3, 2013

Meriam Gergasi Orang Kampung Talang Di Kuala Kangsar ( 8 Gambar ).

Setiap hari raya memang akan riuh dengan bunyi meriam buluh yang selalu kedengaran di kampung halaman. Hari ini kami akan menunjukkan kepada anda "Meriam Talang a.k.a Meriam Gergasi" daripada Kampung Talang Kuala Kangsar yang diperbuat daripada besi.

Seperti yang anda tahu bermain mercun adalah dilarang kerajaan tetapi tidak tahulah masih lagi dimain oleh penduduk kampung walaupun terdapat banyak kes pecah tangan berlaku pada setiap tahun. Mungkin sudah menjadi tradisi penduduk kot?

Uniknya Meriam Talang ini adalah ia disusun mengikut barisan seperti meriam di zaman peperangan. Faktor keselamatan juga diambil serius oleh orang kampung bagi mengelakkan kemalangan jiwa.

Tujuan meriam besi ini dibuat adalah untuk bersaing dengan meriam kampun sebelah yang hanya menggunakan meriam buluh. Apa-apapun mari kita lihat gambar & video Meriam Talang yang dimainkan penduduk Kampung Talang Kuala Kangsar.










Pakaian Gadis Yang 'Menyeksa' Para Penumpang Keretapi.


Adakah gadis ini patut dihukum kerana 'menyeksa' para penumpang lain dan kerana tidak menghiraukan sensitiviti orang ramai?

Jom tengok di bawah.


































Hahahahahahahahahha.