Friday, October 4, 2013

Terkini!!!Penafian Mengenai Mr Bean Memeluk Islam


Agen kepada Rowan Atkinson atau Mr Bean menafikan pelakon terkenal berkenaan telah memeluk Islam.
Lucy yang dihubungi sebuah portal berpengkalan di Israel memberitahu, dalam pengetahuaannya, Rowan tidak memeluk Islam.
Sebelum ini, laman web Islampos melaporkan bahawa berita tersebut mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang Nabi Muhammad S.A.W, “Innocence of Muslim”.
Ketika ditanya media mengenai perkara itu, Mr Bean dikatakan hanya mengangkat jarinya sahaja sebagai syarat dia sudah mengangkat dua kalimah syahadah.
Terjemahan dari artikel laman web tersebut juga mengatakan bahawa Sheikh Rashid Ghannousyi merupakan salah seorang pembimbing Mr.Bean dalam prosesnya memeluk Islam.
Penafian mengenai Mr Bean memeluk Islam dibuat hari ini oleh laman Israellycool yang menghubungi Lucy melalui email.

No comments:

Post a Comment