Friday, September 13, 2013

Koleksi Gambar Fotografi Mengagumkan Teknik Tilt-Shift(12 Gambar)


Kami paparkan koleksi gambar fotografi Tilt-shift. Apa itu Tilt-shift? 

Fotografi Tilt-shift adalah jenis yang kreatif dan unik fotografi di mana kamera dimanipulasi supaya lokasi yang bersaiz sebenar kelihatan seperti model permainan yang kecil. 

Lihat koleksi gambar yang menarik di bawah ini.













Wednesday, September 11, 2013

Nora Danish di’kaitkan dengan kisah skandal Adi Putra?




Kenapa tiba tiba Nora Danish di’kaitkan dengan kisah skandal Adi Putra ini? Tahun lepas ketika rumahtangga Adi Putra goyah & hampir bercerai, Nora Danish di’gossipkan sebagai antara faktor kepada keretakan hubungan pasangan itu.

Itu cerita lama & pastinya apabila kontroversi sekali lagi melanda rumahtangga Adi Putra, komen daripada Nora Danish pasti menjadi perhatian & pelakon itu mengakui beliau terkejut.

“Saya tak nak komen lebih mengenai isu ini dan biarlah siasatan penuh dijalankan dahulu. Apa yang boleh saya katakan kini, secara peribadi, saya tidak percaya dan agak terkejut apabila mengetahui mengenai isu ini”.

“Saya pernah juga mengalami situasi yang sama di mana saya difitnah oleh orang dan sudah tentu saya juga tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan memerlukan masa bagi meredakan keadaan,” katanya yang di’temui di tayangan media filem Lagenda Budak Hostel.
Nora Danish juga berkata yang beliau ada menghantar SMS kepada Adi Putra dan isterinya supaya kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda sekarang ini.

Thursday, September 5, 2013

8 FOTO MAYAT TERBIAR DI GUNUNG EVEREST


Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ (Pelangi Indah di Gunung Everest (LINK)), ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya. Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan!

Fenomena Pelik!! Ikan Berebut,Melompat Masuk Dalam Bot. (video)

Gambar Sejarah Yang Telah Menggemparkan Dunia (10 Gambar)


Di bawah pula ialah 10 keping gambar yang menggemparkan dunia semasa kejadian tersebut. Kalau nak tahu lebih pasal kejadian-kejadian tersebut, pergi tanya dengan mak cik Wikipedia.

1.

Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.

2.

Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.

3.

Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .

4.

Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.

5.

Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.

6.

Gambar di atas di abadikan oleh 2 cameraman Peranchis di Gaza. Rakaman itu menunjukkan seorang ayah Palestin, Jamal al-Durrah sedang mencuba untuk melindungi anaknya berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari tembakan tentera Israel. Dia memberikan signal kepada pasukan Israel untuk menghentikan tembakan namun tidak diendahkan oleh pengganas Israel.

7.

Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan di Soweto,Afrika Selatan pada tahun 1976. Ia ditembak mati dalam pembalasan Polis untuk protes mahasiswa. Gambar di atas menunjukkan Hector sedang dibawa oleh rakannya sesama mahasiswa.

8.

Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal 1984 dimana gas beracun (MIC) telah dilepaskan oleh Union Carbide India Limited. Sekitar 40,000 kes penyakit atau kecacatan disebabkan oleh gas tersebut.

9.

Foto mengerikan yang menunjukkan hukuman mati tanpa pengadilan dua orang kulit hitam muda yang dituduh memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh kekasihnya.

10.

“Orang Yahudi Terakhir Vinnitsa”. Gambar menunjukkan seorang Yahudi berlutut di depan sebuah kuburan beramai-ramai sebelum ditembak oleh anggota sebuah regu maut Nazi SS paramiliter, Einsatzgruppe D.