Menakjubkan! Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak Di Perancis (7 Foto) | Pasir boleh bergerak ke satu-satu tempat apabila ia di bawa arus air laut. Namun kebiasaannya, pasir-pasir ini akan mengikut pergerakan ombak sama ada ia kuat atau sebaliknya. Di Perancis, terdapat sebuah tempat yang dipercayai pasirnya boleh bergerak. Ia seolah-olah sukar untuk dipercayai. Tambahan pula, pasir ini mampu bergerak ke kawasan yang berbukit lebih tinggi dan bukan secara mendatar. Bagaimana tu? Boleh lihat gambar di bawah ini.
The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gurun pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut. Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya,kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.
Menariknya, gurun pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.
Kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter).
Sepanjang 57 tahun yang lalu, gurun pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.
No comments:
Post a Comment