Saturday, July 20, 2013

(Gambar) Kilang Pemprosesan Mayat Yang Mengerikan

(Gambar) Kilang Pemprosesan Mayat Yang Mengerikan

Memang Pelik!!! Sebelum ini admin tidak pernah terfikir ada kilang yang proses mayat.Kebiasaannya tidak kiralah apa agamanya bila meninggal atau mati mayat tersebut akan ditanam adakalanya bagi india mayat tersebut akan dibakar.

Namun selepas berkunjung ke blog  thegeekhubs.blogspot.com.Agak pelik dan terkejut apabila mayat manusia diproses untuk dijual.menurut sumber, kilang yang beroperasi untuk memproses mayat terletak di Rusia tersebut sememangnya wujud di dunia ini dan aktif memproses organ mayat-mayat yang tidak dituntut.

Namun, lebih mengejutkan apabila kilang tersebut  mencuri buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian tubuh mayat untuk dijual. Hasil jualan organ itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka bagi membiayai gaji kakitangan yang menguruskan operasi kilang tersebut.

Kilang ini kelihatan sangat ngeri di mana mayat-mayat akan dihimpunkan dalam satu bilik dalam keadaan berselerak dan seolah-olah tidak berharga lagi. Mayat-mayat tersebut hanya dibiarkan terlentang di mana-mana saja sebelum operasi membedah untuk mengeluarkan organ dilakukan.

Suasana seperti ini sungguh kejam bukan? Pastinya kilang ini dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang enak!. Dan tidak mustahil juga menjadi kilang paling menyeramkan di dunia.

Sudah semestinya keberanian, semangat yang kuat serta memiliki hati yang keras untuk para pekerja yang berada di kilang itu. Jika lemah semangat mana mungkin mereka mampu untuk memproses mayat-mayat tersebut.

Mayat-mayat tersebut sebenarnya (mangsa) adalah mayat-mayat yang dikutip daripada pemandu mabuk yang telah meninggal dunia akibat kemalangan, orang yang tinggal bersendirian dan mati kesejukan, penjenayah yang ditembak mati dan mayat-mayat yang tidak dituntut oleh ahli keluarga. Malah, golongan kanak-kanak juga turut menjadi sasaran mereka.

Seterusnya, selain daripada organ-organ dalaman beberapa bahagian badan juga akan dijual kepada beberapa universiti di seluruh dunia. Tulang pula akan dieksport kepada farmasi di Ireland manakala negara Jerman membeli tulang-temulang manusia itu untuk membuat gigi tampalan.

Namun, bukan hanya Rusia, negara India juga dikatakan mempunyai kilang yang serupa iaitu untuk memproses organ-organ manusia untuk eksport. Mungkin juga kerana bilangan penduduk yang ramai maka mayat-mayat sering tidak dituntut atau gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mustahil juga jika ada ahli keluarga yang menjual mayat kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis pengebumian. Hal ini terbukti kerana terdapat mayat-mayat dibiarkan hanyut di Sungai Gangga begitu sahaja kerana tidak mampu diuruskan oleh ahli keluarga.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah andai kita berada di luar negara kerana pelbagai ancaman boleh terdapat di mana-mana malah tidak mustahil juga berlaku di negara sendiri. Elakkan berjalan berseorangan terutamanya pada waktu malam khasnya kaum wanita malah tidak mustahil berlaku kepada lelaki juga.
* Akan ada insan yang cuba mematahkan semangatmu.
* Akan ada insan yang cuba menghalang perjalananmu.
* Akan ada insan yang cuba merampas kebahagiaanmu.
Tetapi yakinlah, sesuatu yang Allah takdirkan menjadi milikmu, tidak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain. Teruskanlah melangkah mencari kekuatan, jangan lemah dan tabahlah.


Keadaan Mayat Yang Dikumpulkan Dalam Bilik
Mayat yang terbiar.
Pekerja  bekerja tanpa rasa takut.


No comments:

Post a Comment