Sunday, September 29, 2013

Mati Dalam Rancangan Realiti TV (VIDEO PENUH).

Jantung berhenti selama 29 saat secara langsung dalam rancangan realiti tv.

Lihat video dibawah:

Laman Web 9gag Kena Soal Siasat (3gambar)





SIASAT LAMAN WEB 9GAG.COM KERANA HINA NAJIB RAZAK | KESILAPAN tweet Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Twitter hari ini jadi medan mengambil kesempatan untuk para pengguna laman sosial yang anti-kerajaan melepaskan kemarahan mereka.

Gambar tweet yang salah itu dikongsikan laman blog gambar 9gag.com dengan gaya yang cukup memalukan Malaysia. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya menjalankan siasatan isu ini kerana jelas laman web itu memperlekehken pimpinan tertinggi negara.

Niat mereka mempembesarkan kesilapan kecil di Twitter sehingga ia mencipta satu gelombang rasa yang tidak berpuas hati amatlah dikutuk sama sekali.

Tindakan laman web membenarkan gambar yang menggambarkan kesilapan tweet Najib sebagai Najib telah membuktikan bahawa beliau ‘bodoh’tahap 9,000 adalah amat keji dan menghinakan.

Pihak SKMM boleh sahaja menyekat terus akses laman web 9gag.com di dalam negara ini kerana ia dilihat jelas tidk menghiraukan sensitiviti serta adap sopan dengan sewenang-wenangnya memperlakukan pimpinan tertinggi sebegitu rupa.

Komen-komen yang dilihat majoritinya datang dari satu jenis kumpulan sahaja juga boleh ditafsirkan sebagai golongan mana yang membenci kepimpinan negara kita. Mereka seakan menunggu kesempatan sebegini melancarkan serangan kutukan terbesar ke atas Perdana Menteri Malaysia.

Kami menggesa lah pihak yang melihat gambar ini segera membuat laporan polis agar siasatan boleh dibuat ke atas dalang yang menghasilkan gambar sebegini rupa sehingga memalukan nama baik Perdana Menteri.

Saturday, September 28, 2013

Isteri Matyo Menipu Dalam Membuat Laporan Polis (2 GAMBAR-VIDEO)



Jika video isteri Matyo yang kontroversi mula tersebar lewat,laporan polis yang dibuat Siti Aisyah pula dibuat lebih awal daripada masa itu.Yang menariknya,terdapat percanggahan ketara antara agenda dalam video berkenaan dengan isi kandungan laporan polis itu.

 


" PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA,KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK.SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETAL SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3,TIBA-TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KEARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA.LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA,SELEPAS DUA MINIT SEKURITI DAN MENGELUARKAN KATA KATA KESAT TERHADAP SAYA SEPERTI PEREMPUAN BODOH,SIAL,BANGANG,PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI.SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DISITU.SAYA TERASA AMAT MALU DIPERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA.SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT.SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS.SEKIAN LAPORAN SAYA."


Jadi persoalannya disini adakah laporan polis yang dibuat isteri Matyo adalah palsu semata-mata?Jika tidak,mengapa jauh sangat menyimpang daripada isi kandungan dalam video rakaman asal?Laporan yang dibuat adalah lebih kepada pembelaan diri sedangkan sudah jelas didalam video adalah sebaliknya...

Percagahan Laporan Polis Isteri Matyo Dan Video Yang Tersebar.

LIHAT VIDEO DIBAWAH


Thursday, September 26, 2013

Gambar Sosial Syahrini Yang Seksi Dan Superhot Tersebar (6 gambar)



Mana-mana lelaki pun mengakui, Syahrini mempunyai daya tarikan tersendiri – wajah yang cantik, bentuk badan yang mengiurkan. Kemungkinan besar, itulah sebab utama foto ‘panas’ Syahrini menjadi bualan penduduk Indonesia & Malaysia.

gambar Sharini sexy

Bukan nak menyebelahi Syahrini, tapi memang foto yang dikatakan ‘panas’, terasa sejuk di pihak kami. Menurut Syahrini dalam temubual terkini, dia mengakui gambar tersebut mengandungi aksi peribadinya bersama rakan-rakan seperti Glen Fredly & Daniek Mananta. Hal ini dianggap biasa seperti kebanyakan foto yang dimiliki orang lain juga.
 

gambar Sharini sexy

Menurut Syahrini lagi, foto-foto berkenaan tidak mengandungi unsur lucah yang boleh menyebabkan tindakan mahkamah, atau meninggalkan kesan negatif terhadap sesiapa yang melihatnya.

“Yang penting ini bukan foto pornografi, pornoaksi, jadi aku yakin orang lain di rumah juga mempunyai koleksi foto yang serupa. Itu kan foto koleksi peribadi ya,” tegas Syahrini lagi.


Walau bagaimanapun, Syahrini telah membuat laporan polis ekoran tersebarnya gambar-gambar peribadinya di ruangan internet sebagai langkah berjaga-jaga.


koleksi foto-foto hot Dugem Syahrini Terbaru 2012 



Tuesday, September 24, 2013

Pengakuan saksi isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard (2Gambar 1Video)





Pengakuan saksi isteri Matyo maki dan tendang Pak Guard - Kecoh dengan tindakan luar biasa Shahrul Aisya, isteri Matyo memaki hamun dan menendang salah seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang sebulan lepas, seorang saksi tampil mendakwa ada melihat kejadian itu dari mula.

Individu berkenaan yang merahsiakan identitinya membuat kenyataan terbuka di akaun Facebooknya dan menceritakan situasi sebenar sekitar kejadian tersebut. Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit hanya menegur isteri Matyo agar mengalihkan kenderaannya selepas telah diberi peluang selama 15 minit.


Bagaimanapun, Shahrul Aisya dikatakan terus naik darah dan memaki hamun pengawal keselamatan itu sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit dan mengugut untuk menyaman.

Kerana tidak mahu dirakam, pengawal keselamatan terbabit menepis telefon bimbit isteri Matyo sebelum ditendang. Kejadian itu turut dirakam menerusi CCTV.



Sunday, September 22, 2013

Gambar Di Sebelum Dan Hari Kematian Arwah P.Ramlee Yang Tak Pernah Dilihat Oleh Orang Ramai (9 Gambar)

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.

Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.
Di Penang Free, P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).
Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.

PERMULAAN KERJAYA SENI

Beliau mula bermain peralatan muzik yang bernama ukulele dan akhirnya beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin yang merupakan seorang pemimpin brass band di Penang Free School. Beliau juga pernah menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara bagi pertandingan nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang

Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan nama "P. Ramlee" itu kekal hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Laxmana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

PERKAHWINAN

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954. Perkahwinan kedua beliau adalah dengan Noorizan Mohd. Noor pada 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja bagi negeri Perak yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu. Walaubagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961. Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.

Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Norizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal.

Walaubagaimanapun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa. Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.


ANAK ANAK

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
10. Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

MENINGGAL DUNIA

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat:

SOLAT JENAZAH




.
.

.
.

.
.







.
Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

Semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. 







Thursday, September 19, 2013

Adik Beradik Yang Memiliki Kaki Tercantik Di Cina (14 Gambar)

Kang Tansong dan adiknya, Kang Yaozhu merupakan awek yang memiliki kaki yang sexy tercantik di China. Diorang ni mula-mula saja je upload gambar-gambar diorang kat blog diorang.

Pastu gambar-gambar diorang ni terus menjadi satu topik hangat kat forum2 dan blog2 dekat China.Sebenarnya kaki diorang ni memang cantik dan panjang.Tapi nampak pelik jugak sebab panjang.Tapi awek di cina memang nak sangat ade kaki panjang macam diorang ni.

Lagipun diorang memang cantik pun. :)
Jom layan ganbar2 diorang.
















Wednesday, September 18, 2013

Kenapa Lampu Trafik Bewarna Merah,Kuning Dan Hijau (3Gambar)

Selama ini ketika kita berhenti di lampu isyarat, pernahkah anda terfikir kenapa warna lampu isyarat di seluruh negara ialah merah, kuning dan hijau?


Pada permulaannya, lampu isyarat digunakan untuk keretapi dengan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih ialah bergerak. Namun, ia memberikan masalah apabila bekas warna lampu isyarat tertanggal yang menyebabkan pemandu keretapi mengangap isyarat sebagai putih iaitu bergerak. Keadaan di waktu malam juga berbahaya kerana ada yang tersilap melihat bulan penuh sebagai lampu putih dan sukar dilihat pada siang hari.


Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London pada 1868 dengan menggunakan lampu gas. Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik.




Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakan warna merah dan hijau. Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu. Pada 1923, Garrett Morgan mempatenkan versi lampu isyaratnya yang akhirnya dibeli oleh syarikat General Electric dengan harga USD 40 000.


Pada masa ini, lampu isyarat telah dipertingkatkan dengan menggunakan lampu LED yang lebih jelas dilihat dan lebih tahan berbanding lampu mentol dengan skrin berwarna yang akan luntur warnanya. Lampu isyarat berwarna merah juga ditambah sedikit warna oren dan hijau ditambah sedikit warna biru bagi membantu pemandu yang buta warna.

Tuesday, September 17, 2013

9 jenis sihir yang perlu diketahui.



Apakah yang dimaksudkan dengan sihir? sihir adalah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

Berikut ada 9 jenis sihir yang perlu anda tahu antaranya
:

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):

Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat

Video !!! Penari Pom2 Girl Terdedah Asetnya Ketika Persembahan 7000 Penonton

Peminat bola sepak di Stadium Jalan Besar,Singapura dikejutkan dengan aksi seorang penari ketika mereka menanti perlawanan diantara First Xl dan Liga S-All-Star.


Penari tersebut yang hanya mengenakan tiub untuk menutup tubuhnya ketika menari dilihat terkial-kial cuba menutup asetnya yang terdedah ketika tarian tersebut berlangsung.


Akibat dari kesukaran untuk menarik tiubnya yang terlondeh itu,beliau berlari dihadapan 7000 penonton di dalam stadium itu untuk masuk ke bilik persalinan.


Penari tersebut juga telah menjatuhkan rambut palsunya ketika tarian tersebut berlangsung.






Saturday, September 14, 2013

Terbaru!!!GAMBAR Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis (4 FOTO)

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya.




Zaidi Omar Terlibat Dalam Satu Kemalangan Maut.(3 GAMBAR)


Friday, September 13, 2013

Gambar-gambar Perkahwinan Penyanyi Black Mentor Dan Naquia (24 Gambar)

10 wanita paling cantik,yang diiktiraf dunia (10 Gambar)


Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki tidak minat apabila melihat gadis-gadis melayu mewarnakan rambut (biasanya warna coklat) kerana dia dianggap tidak sopan. Kebanyakan lelaki lebih suka gadis yang dapat mengekalkan kecantikan semulajadi.

Sudah menjadi satu budaya di Malaysia bahawa seorang gadis dilihat lebih cantik dan anggun apabila mempunyai kulit yang cerah. Berbeza dengan gadis di Barat yang berlumba-lumba mengelapkan kulit. Mungkin apabila gadis itu mempunyai kulit yang cerah, dia dianggap pandai menjaga kebersihan dan menjaga penampilan.


















Gadis yang mempunyai ciri di atas di anggap masih suci dan menjadi idaman setiap lelaki untuk dijadikan bakal isteri.