Tuesday, July 30, 2013

Penggodam Komputer Terkenal Meninggal Dunia


Penggodam Komputer Terkenal Meninggal Dunia

BOSTON – Seorang penggodam komputer terkenal yang berjaya membuatkan mesin pengeluaran wang ATM mengeluarkan wang tunai, Barnaby Jack ditemui mati di sebuah pangsapuri di San Francisco seminggu sebelum dia dijadual menyampaikan ceramah pada satu persidangan penggodaman komputer.

Pejabat Pemeriksaan Perubatan San Francisco menyatakan pihaknya sedang menjalankan autopsi untuk mengenal pasti punca kematian Jack.

Jack, 35, yang dilahirkan di New Zealand merupakan penggodam ‘white hat’ paling popular. Penggodam ‘white hat’ ialah mereka yang menggunakan kepakaran untuk mencari kelemahan sistem keselamatan komputer sebelum penjenayah mengekspoitasinya.

Kepakaran Jack adalah mencari kelemahan sistem komputer yang dipasang pada peralatan perubatan dan mesin pengeluaran wang tunai.

Jack dijadual membuat demonstrasi menggodam alat perentak dan defibrilator jantung pada persidangan penggodam Black Hat di Last Vegas Khamis depan.

Dia menjadi penggodam paling popular di dunia selepas melakukan demonstrasi Jackpotting pada tahun 2010 yang membuatkan mesin wang ATM mengeluarkan wang tunai. Klip video persembahannya telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali di laman YouTube.


Monday, July 29, 2013

Pelik! Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri

Pelik! Lelaki Ini Menjadi Jutawan Setelah Membeli Sebuah Kontena Misteri | Kadangkala nilai sesebuah benda itu tidak mampu dinilai dengan mata kasar, tetapi jika sudah memilikinya barulah kita betul-betul tahurahsia disebaliknya. Ini yang berlaku terhadap seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan kecil-kecilan. Dirinya telah membeli sebuah kontena yang dia sendiri tidak mengetahui muatan dalamnya. Denganpembelian nilai USD100, ahli perniagaan itu telah berjaya membeli sebuah kontena yang baru sahaja diketahui terisi dengan sebuah kereta buruk tidak mempunyai tayar. Namun rupa-rupanya kereta tersebut bernilai hampir jutaan dollar.
kereta
LONDON 26 Julai – Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membelisatu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$ 100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.
Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.
Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$ 1 juta (RM3.2 juta).
Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong.
Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.
Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.

Sunday, July 28, 2013

Pelik! Mengapa Tempat Ini Wanita Dilarang Masuk

Pelik! Mengapa Tempat Ini Wanita Dilarang Masuk | Secara umumnya, tempat larangan bagi sesuatu jantina adalah melibatkan seperti kawasan persalinan, tandas, bilik dan lain-lain lagi. Tetapi di sebuah tempat di Jepun, terdapat satu kawasan yang dikatakan wanita dilarang untuk masuk. Tempat ini dikenali sebagai Gunung Omine. Ia adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine. Tetapi mengapa ya?
gunung1
Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.
Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk ziarah dan latihan sami kuil tersebut.
Pada 2004, UNESCO menjadikan gunung ini sebagai laman Warisan Dunia.
Namun anehnya, perempuan tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya perempuan, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.
Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk,yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini.
gunung2
gunung3

Friday, July 26, 2013

Gempar! Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah (Video)



Gempar! Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah (Video) | Baru-baru ini kita digemparkan dengan penemuan objek bercahaya putih yang dikatakan bersayap tujuh di Sabah. Penemuan ini dedahkan melalui rakaman tidak sengaja oleh seorang pengembara British yang berada di sana. Penemuan ini juga turut disiarkan oleh Buletin Utama, TV3. Sehingga kini kita tidak mengenal pasti apakah objek tersebut sehingga menggemparkan penduduk setempat terutama di Sabah. Boleh tonton video di atas.
sayap
Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteriyang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.
Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.
Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.
Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.
Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan.

Sesuatu Yang Ganjil dalam MTV Malaysian Boy



Subhanallah!!!(VIDEO)Salji Pertama Kalinya Turun Di Philipina


Thursday, July 25, 2013

Pelajar IPTA Dicekup Selepas Selesai Mandi Wajib


Dari sumber:Harian Metro.
Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai selesai membersihkan diri selepas 'bersama' teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu, kelmarin.


Gadis tempatan yang juga penuntut IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah dan mengambil kesempatan berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum mendapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.

Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum dibuka seseorang.

Penemuan Buaya Gergasi di Kuala Selangor



MENGEJUTKAN!!!penemuan buaya yang besar di sungai Kuala Selangor ini mengejutkan ramai pihak. Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.


“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.

Gempar! Misteri Orang Minyak Serang Felcra

Gempar! Misteri Orang Minyak Serang Felcra | Pernah menonton filem Orang Minyak? Orang minyak ini sering digambarkan dengan bentuk tubuh badan seperti manusia dan fizikal luaran adalah berwarna kehitaman. Baru-baru ini, gempar dikatakan orang minyak telah menyerang kawasan Felcra di Changkat Lada. Ada saksi menyaksikan lembaga tersebut menjelma di beberapa buah tempat. Ekoran daripada kejadian itu, penduduk di sana diselubungi perasaan takut sehingga anggota RELA dan anggota polisdifahamkan bekerjasama membuat rondaan setiap malam.
CHANGKAT LADA – Sosok misteri didakwa orang minyak, ditambah bayangan jelmaan tertentu yang menyelubungi Felcra Changkat Lada sejak 10 hari lalu mengganggu ketenteraman penduduk.
Penduduk, Shamidi Shaari, 44 memaklumkan, dia sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sejak ia disinggahi orang minyak yang disedari anaknya bersama seorang rakan sewaktu pulang dari rondaan malam.
Menurut Shamidi, anaknya berhenti di halaman rumah apabila terlihat lembaga hitam tergantung seperti buah nangka di batang pokok rambutan.
“Tiga kali anak saya tegur benda tu dan ia terus lari ke kawasan hutan berhampiran. Sejak peristiwa itu, tiga kali orang minyak datang ke rumah saya sehingga saya terpaksa panggil bomoh untuk halau.
Shaharudin menunjukkan kawasan yang dikatakan dilalui oleh orang minyak kerana lari daripada bomoh.
Shaharudin menunjukkan kawasan yang dikatakan dilalui oleh orang minyak kerana lari daripada bomoh.
Sosok misteri ganggu ketenteraman penduduk sejak 10 hari
Sosok misteri ganggu ketenteraman penduduk sejak 10 hari
“Mulanya saya tak percaya, tapi bila dah alami sendiri termasuk jumpa tapak kaki kecil sebesar katak di tangga rumah dan almari solek, kehidupan kami sekeluarga mula tak tenteram,” cerita Shamidi.
Berikutan peristiwa itu, Shamidi telah menghantar anak-anak serta isterinya pulang ke kampung mereka di Felda Besout.
Menurut Shamidi, kepercayaan wujud jelmaan orang minyak diperkuatkan dengan kesan tompokan darah di cadar serta tilam selepas berlaku pergelutan antara bomoh dan lembaga yang didakwa orang minyak itu.
“Saya dah basuh cadar tu, tapi kesannya masih ada. Sampai sekarang saya tak boleh masuk rumah sebab fobia. Saya sendiri tak tahu apa motif lembaga jelmaan itu muncul di kawasan ini dan ganggu kehidupan kami.
“Saya alu-alukan bantuan daripada sesiapa yang mahir dalam pengubatan mistik untuk kembalikan ketenteraman kawasan,” katanya.
 Hamdan menunjukkan bagaimana orang minyak yang dikatakan berhenti di hadapan rumah Su dalam keadaan mencangkung.

Hamdan menunjukkan bagaimana orang minyak yang dikatakan berhenti di hadapan rumah Su dalam keadaan mencangkung.
Nampak bayang hitam
Hanya mahu dikenali sebagai Su, 26, penduduk Felcra Changkat Lada ini mengaku pernah melihat lembaga hitam berbadan besar mencangkung di hadapan rumahnya, Ahad lalu.
Menceritakan kejadian, Su berkata, pada mulanya dia mendengar bunyi kocakan air dalam longkang di hadapan rumahnya dan membuka tingkap untuk melihat keadaan.
“Saya terkejut bila tengok lembaga hitam mencangkung seperti baru naik dari longkang. Kerana terlalu takut, saya lari ke dalam bilik dan telefon suami supaya pulang segera.
“Saya bimbang lembaga hitam itu masuk rumah sebab hanya saya, mak dan anak-anak dalam rumah malam itu. Lembaga itu lari ke tempat lain apabila beberapa remaja bermotosikal melalui kawasan rumah kami,” katanya.
Rela jaga malam
Anggota Rela, Hamdan Baharudin, 32 mengakui berita berkaitan jelmaan orang minyak sudah heboh sejak 10 hari lalu dan memaklumkan peristiwa itu bermula di kawasan penempatan Felcra Fasa Empat sebelum merebak ke rumah kakitangan Felcra, seterusnya ke penempatan di fasa tujuh.
“Katanya hanya orang tertentu dapat lihat lembaga yang didakwa boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuk kucing hitam dan katak. Ada yang kata ia boleh kelirukan pandangan kita supaya orang tak sedar kehadirannya.
“Sejak ada jelmaan orang minyak, ketenteraman penduduk terganggu sehingga ada yang tak berani balik rumah. Anggota Rela kini buat rondaan dan berjaga pada waktu malam. Kami harap kes ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Platun Rela Changkat Lada, Laftenan (Rela) Shaharudin Hashim memaklumkan pasukannya telah mengambil inisiatif dengan melakukan rondaan dan berjaga malam secara bergilir-gilir.
“Kami ambil inisiatif untuk terus mewujudkan suasana aman dan tenang. Polis turut buat rondaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Perkara ini agak mistik dan kita sendiri tak tahu kesahihannya. Namun langkah berjaga-jaga sentiasa diambil. Setakat ini belum ada kejadian pecah rumah, kehilangan barang atau penduduk tercedera dan kita tak mahu sebarang kemungkinan ini berlaku,” tegasnya.
Polis terima satu laporan
Ketua Polsi Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman memaklumkan satu laporan polis diterima 11 Mei lalu sejak berita berkaitan orang minyak heboh diperkatakan di Felcra Changkat Lada.
Menurutnya, dalam laporan berkenaan, pengadu yang merupakan warga emas berusia 62 tahun mengatakan dia ditindih seorang lelaki bersenjata pisau pada jam 3 pagi dalam rumahnya di Felcra berkenaan, namun lelaki terbabit hilang apabila pengadu mengucap dua kalimah syahadah.
“Kita sedang siasat perkara ini dan selepas kejadian itu, penduduk bersama Rela telah melakukan jagaan malam untuk memastikan keselamatan kawasan terbabit terjamin. Sehingga kini pelbagai cerita sampingan diterima tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya,” katanya.

Wednesday, July 24, 2013

Gila lar!!! [21SX Sahaja] - (VIDEO) Sharifah Sakinah, Adik Kepada Sharifah Shahira Terus Meroyan…Tunjuk Sesuatu Yang tidak Sepatupnya!




Pemuda Tersenyum Sebelum Digantung (18SG)



Siapa mamat yang dimaksudkan dalam artikel kali ini sebenarnya? Releks sahaja melihatkan air mukanya walaupun tersangkut tali gantung dilehernya.



Hossein Kavousifar ialah seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh Hassan Moghaddas, seorang hakim yang didakwanya korup dan dikenakan hukuman gantung sampai mati di tempat Hassan Moghaddas ditembak dan pada tarikh yang sama juga. Walaupun sedang menghadapi maut, sambil tersenyum beliau sempat melambai kepada anak buahnya.



Hakim Hasan Moghaddas dikatakan korup kerana memenjarakan Akbar Ganji, seorang wartawan terkenal di Iran selama enam tahun. Ganji dipenjarakan selepas beliau mengaitkan beberapa orang ahli politik dengan beberapa pembunuhan politikal.



Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang

Nampaknya trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.

Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.

Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.

Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.

Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.

Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper DAP… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.

** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut

Pelik! Mengapa Lebah Ini Melekat Di Kapal Terbang (5 Foto)

Gundik-Gundik Bekas Perdana Menteri Itali ( 14 Gambar ).

Silvio Berlusconi, bekas Perdana Menteri Itali ini sangat terkenal dengan kecurangannya serta gadis-gadis yang pernah menemaninya. Mari lihat antara gambar-gambar gadis yang pernah bersama bekas Perdana Menteri Itali ini.











  


Tuesday, July 23, 2013

Atlet SUKMA Dirogol Peserta Lelaki Bergilir-gilir



Misteri! Bagaimana Lampu Ini Boleh Menyala Beribu-Ribu Tahun

Biar Betul! Wujud Pasaraya Jual Beli Barangan Ahli Sihir (6 Foto)

Pemain Badminton Thailand Bertumbuk Ketika Perlawanan Berlangsung (Video)

Ngeri! Ahli Sihir Dibogel Dan Dibakar Hidup-Hidup (2 Foto)


Gambar mesra Zizan dan E----- didalam kapal terbang

Gempar! Tukang Gantung Saddam Mati Dibunuh


Iraq – Salah seorang daripada lelaki yang terlibat menjalankan hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui mati dibunuh.

Parti Baath dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa adalah Mohammed Nassif al-Maliki, dan pernah muncul dalam video rakaman hukuman gantung berkenaan.

Dalam video berkenaan, Mohammed merupakan lelaki bertopeng dan berada di sebelah tepi Saddam.

Kerajaan Iraq bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan kematian Mohammed itu.

Sebelum pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq lalu, Mohammed bekerja menjual sayur-sayuran di wilayah Karbala.

Selepas kematian Saddam, dia menjadi pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan dianugerahkan pangkat Kapten selepas terlibat dalam melaksanakan hukuman gantung itu.

Monday, July 22, 2013

Menakjubkan! Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak Di Perancis (7 Foto)

Menakjubkan! Gurun Pasir Yang Boleh Bergerak Di Perancis (7 Foto) | Pasir boleh bergerak ke satu-satu tempat apabila ia di bawa arus air laut. Namun kebiasaannya, pasir-pasir ini akan mengikut pergerakan ombak sama ada ia kuat atau sebaliknya. Di Perancis, terdapat sebuah tempat yang dipercayai pasirnya boleh bergerak. Ia seolah-olah sukar untuk dipercayai. Tambahan pula, pasir ini mampu bergerak ke kawasan yang berbukit lebih tinggi dan bukan secara mendatar. Bagaimana tu? Boleh lihat gambar di bawah ini.
 pasir1
The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gurun pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut. Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya,kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.
pasir2
pasir3
Menariknya, gurun pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.
Kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter).
Sepanjang 57 tahun yang lalu, gurun pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.
pasir4
pasir5
pasir6
pasir7

Gambar Suami Abby Abadi Lebih Kacak Dari Norman Hakim

Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab

masa1

Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab | Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa hadapan? Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang suakr untuk dipercayai. Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku dalam satu malam. Kisah misteri yang  mahu bawakan kepada anda adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.
Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang ajaib. Walaupun di zaman teknologi yang pesat membangun, namun fenomena ‘Masa berulang’ ataupun ‘Waktu berputar kembali’ sukar untuk dijelaskan. Secara teorimisteri Waktu Berputar Kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang mengalaminya secara sengaja setakat ini. Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu benda bergerak dengan kecepatan 300,000 km/saat ataupun atau 186,000 batu sesaat, maka ruang dapat dipendakkkan, dan waktu dapat diperlambatkan.
KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA
Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut.Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”.Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.
Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada 1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu, sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga telah ‘hilang’ selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat yang sama dimana ia dilaporkan ‘hilang’. Pesawat tersebut tiba dengan selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.
Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena ini adalah : “dalam sesaat ‘kehilangan’ itu, waktu ‘berhenti’ tidak bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali.”
Duit moden ditemui dalam kuil purba.
masa3
Sewaktu pesawat penumpang Italia mengalami fenomena masa yang aneh ini pada tahun yang sama, dilaporkan bahawa fenomena tersebut telah berlaku di Mesir. Sekeping duit syiling perak dari zaman lebih baru yang belum di edarkan ketika 4000 tahun yang lalu, terpendam di dasar sebuah Kuil Dewa Matahari. Ketika itu, sebuah pasukan arkeologi dari Perancis, tiba di daerah penempatan pertama manusia di tepi Sungai Nil. Di situ mereka menemui sebuah Kuil Dewa Matahari yang berusia 4000. Kuil itu sungguh usang dan telah runtuh kerana dimakan usia. Yang tinggal hanyalah struktur yang paling kukuh iaitu tiang-tiangnya sahaja.
Ketika mereka menggali kawasan kuil, di bawah sebuah binaan batu kuno, mereka telah menemui sekeping duit syiling perak terkubur di bawah tanah. Yang menjadi tanda tanya ialah bukan duit perak Mesir kuno yang mereka temui, tetapi sekeping duit syiling perak Amerika. Yang lebih menghairankan lagi, itu bukan duit perak kuno Amerika, tapi sekeping duit perak zaman sekarang! Namun, yang lebih menghairankan adalah duit tersebut adalah buatan Amerika pada tahun 1997. Sedangkan cari gali tersebut dilakukan pada tahun 1994 dan duit tersebut masih belum lagi dipasarkan… Timbul dua persoalan yang membingungkan para saintis serata dunia. Pertama, bagaimana duit syiling moden Amerika boleh berada dibawah timbunan runtuhan kuil purba Mesir yang berusia 4000 tahun? Kedua, bagaimana duit tersebut yang tahun pembuatannya 1997 boleh ditemui pada tahun 1994?
Laporan Rahsia Sulit NATO (North Atlantic Treaty Organization)
masa4
Mungkin fenomena kembali ke masa lampau boleh dikatakan sebagai mustahil serta ianya hanyalah suatu kebetulan oleh sesetengah orang. Namun seorang ahli fizik telah membocorkan rahsia yang sangat sulit dari NATO. Dalam fakta yang digambarkan dalam laporan tersebut beliau menceritakan, “Dalam suatu latihan terbang dari Eropa Timur pada tahun 1982, seorang pilot NATO melihat ratusan ekor dinosaurus.Juruterbang tersebut telah melalui daratan Afrika zaman prasejarah“. “Dalam suatu penerbangan yang lain, seorang juruterbang telah ‘tersesat’ ke zaman Perang Jerman (Perang Dunia ke-2). Pilot tentara Sekutu dan pesawat tempur Jerman melihat-nya, dan hanya dalam waktu satu minit kemudian, ia kembali ke alam nyata.
Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?
Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa lalu. Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.
masa5
Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun. Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti. Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan cahaya.
Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.
Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”. Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.
masa6
Segitiga perkaitan antara masa dan ruang serta kecepatan cahaya
masa7
Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri.Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya. Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun ‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil di zaman ini. Sama-samalah kita renungkannya…

Sunday, July 21, 2013

Saturday, July 20, 2013

Gadis Islam Turki Pertama Yang Berbogel Untuk Majalah PlaXXXy.



Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar.

Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.

Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.

"Tolonglah terima saya semula," tambahnya.